It's Friday...pagi2 lagi saya 'on' Radio IkimFm ... and while I was driving to work, saya sempat dengar satu motivational talk by seorang ustaz tentang sebuah seminar perbandingan agama. Dia kata, panel yang terlibat ada 4 orang ... beliau sendiri mewakili Agama Islam, seorang Pastor yang mewakili agama Kristian, seorang wakil Budha dan seorang lagi wakil Hindu. Yg paling menarik tentang motivasi pagi hari ni is the Ustaz's story on a question given by the Christian pastor (kalau Pastor tu, utk Christian Protestan ya?) ...
Kalau diikutkan format seminar (bukan forum), panel tak boleh tanya soalan kepada another panel ... Tapi, Pastor tu mungkin sengaja nak tunjuk hebat agaknya (pada pendapat sayalah, ustaz tu tak nyebut gitu), dia pun tanya ustaz tu:
"Kenapa orang Islam perlu berselawat kepada Rasulullah (s.a.w.)? Adakah itu bermakna, Muhammad itu sendiri tidak selamat?"
Jawapan ustaz:
"Bukan tidak selamat...itu tandanya Rasulullah s.a.w. sentiasa bertawadhu' dan merendah diri walaupun Baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t. Selain dari itu, sebenarnya, apabila kita berselawat, kita yang mendapat untung sebab apabila kita berselawat ke atas Rasul, Allah serta para malaikat akan mendoakan keselamatan kita berganda-ganda kali"
Pastor tu pun terdiam. Dalam seminar perbandingan agama itu, the audience are mostly students and they are mostly Christian and diorang macam berpuas hati dengan jawapan ustaz tu... Memandangkan Pastor tu dah start 'tak adhere' pada format seminar (takleh tanya soalan), ustaz tu pun ambik kesempatan, tanya pulak soalan ni kepada Pastor tu:
"Mr. Pastor, awak percaya tak kepada 'penurunan semula' Nabi Isa ke dunia pada akhir zaman nanti?"
Jawab Pastor tu: "Sebagai orang Kristian yg baik, ya, saya percaya"
Tanya ustaz tu lagi: "Awak tahu tak tujuan Nabi Isa turun semula nanti?"
Jawab Pastor: "Ya, Nabi Isa akan turun semula untuk 'menyempurnakan' agama Kristian"
Jawab Ustaz: "Jadi, awak mengaku agama Kristian sebenarnya tidak sempurna?"
Pastor tu pun terdiam...Lepastu, salah seorang audience yg beragama Kristian bangun dan tanya Pastor:
"Do you have a certain answer to that question?" and the Pastor answered "Frankly speaking, I don't"
See??? Pastor tu dah terperangkap di situ... Lalu, ustaz tu pun berkongsikan ilmu tentang peristiwa penurunan Nabi Isa di akhir zaman nanti mengikut hadith Rasulullah s.a.w.:
- Tempat Nabi Isa turun nanti is on a tower somewhere in Syria ...
- Wajah Nabi Isa bercahaya-cahaya seperti permata & mutiara. Beliau akan memakai baju yg berwarna putih kekuningan, rambutnya sangat hitam berkilat dan bila mana beliau tunduk, rambut beliau akan kelihatan seperti air yang sedang mengalir. Warna kulitnya, putih kemerahan-merahan seperti orang yang baru keluar dari bilik air... Subhanallah!
- Tugas Nabi Isa turun ke bumi ada 4:
i. Menghancurkan semua salib di dunia ini
ii. Membunuh semua babi di dunia ini
iii. Membunuh Dajal
iv. Membunuh Ya'juj Ma'juk
- Apabila Nabi Isa muncul di masjid ketika Imam Mahadi sedang mengimamkan solat, Imam Mahadi akan meminta Nabi Isa untuk mengimamkan mereka tetapi, beliau akan menjawab "Tugas aku mengimamkan manusia sudah terhenti pada kita Injil. Tugas aku hanyalah empat perkara tersebut" (Subhanallah! Bila saya dengar point ni, saya terfikir: Untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad (s.a.w.) kerana agama Islam telah disempurnakan oleh Rasul kita - please refer to Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.)
Sambung ustaz tu lagi... menurut hadis, selepas itu nanti, orang-orang Islam akan bersatu dengan orang-orang Kristian untuk membunuh Dajal serta Ya'juj Ma'juk yang disokong oleh Yahudi serta golongan pemuja syaitan dan itulah yang dipanggil Armageddon terakhir... - (So, tolonglah be aware of Illuminati punya lambang ya? Golongan ni, kat Malaysia pun dah ramai)
Subhanallah! Allahu Akhbar! Syukur Alhamdulillah, saya telah memulakan hari saya dengan perkara yang sangat bermakna buat diri saya hari ini... Kesimpulannya, lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita rasa kita 'tak tahu'...Kena cari lagi, dan cari lagi... Cukuplah buat setakat ni catatan saya buat hari ini... Satu persoalan yg timbul di minda saya ialah "Kalaulah ada org Kristian yg nak berdebat dgn saya hari ini, bersediakah saya?' Jawapannya: "Tidak! Belum lagi..." Semoga Allah mempertemukan saya dengan lebih banyak lagi perkara-perkara atau ilmu-ilmu yang bermanfaat buat saya ... Amin...