Time is Golden

Monday, October 17, 2011

WAJAH




Assalamualaikum... 

Hari ini saya ingin membuktikan kepada kawan saya yang saya juga boleh menulis di dalam Bahasa Melayu dengan baik...Oleh yang demikian, saya telah memilih tajuk WAJAH...(saya ada seorang kawan yang suka buli saya - Dia kata, dia tak suka berbicara di dalam Bahasa Inggeris dengan saya kerana saya akan selalu memberi komen di atas kesilapan bahasa yang beliau tuturkan).  Berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, saya telah memilih tajuk ini kerana saya dapati ramai muda-mudi ataupun orang tua yang telah salah erti dengan doa yang saya paparkan di atas.  Di sini, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapati dari siaran Radio Ikimfm sewaktu di dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi.

Menurut kata ustaz yang mengajar di dalam Ikimfm tadi..."WAJAH" atau 'rupa'  yang dimaksudkan di dalam doa tersebut, bukanlah wajah secara fizikal.  Sebaliknya, 'wajah' secara batin - Iaitu wajah di sebalik refleksi yang kita lihat di cermin setiap kali kita bercermin...

Di sini, setiap kali kita berdoa di hadapan cermin, kita harus bertanya pada diri kita tentang beberapa perkara seperti berikut:

  • Adakah wajah batiniah kita ikhlas bergembira apabila melihat kejayaan orang lain?
  • Adakah wajah ini telah sepenuhnya meninggalkan keutamaan soal dunia?
  • Adakah wajah ini telah sepenuhnya mengutamakan soal akhirat?
  • Adakah kita telah memaafkan semua orang?  (Yang ini, saya tambah sendiri he he he)
(Ustaz tersebut telah menggunakan perbendaharaan kata Arab yang saya tak berapa ingat.  Oleh itu, saya permudahkan bahasanya).

Kata ustaz itu lagi, kenapa kita perlu lihat 'wajah batin' kita?  Kerana 'wajah fizikal' kita tidak akan kekal.  Ia bakal menjadi makanan ulat di dalam tanah apabila kita meninggal dunia kelak.  Apa yang kekal adalah wajah batin kita - hati kita.

Apabila saya mendengar ceramah ustaz itu tadi, fikiran saya berlegar-legar ke pelbagai perkara lain pula.  Antaranya adalah tentang maksud doa berwudhu' bagi setiap anggota wudhu' kita...

Setiap kali berwudhu', kita mendoakan yang baik-baik belaka bagi setiap anggota wudhu' kita...Antaranya, supaya kaki kita ini tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat, supaya mulut kita tidak berkata-kata dengan perkara yang tidak baik, dan sebagainya.

Ada banyak lagi perkara yang saya fikirkan pada ketika itu.  Sekali-sekala, terasa amat ngeri...Saya malu dengan Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan saya dengan pelbagai perkara yang baik-baik, sedangkan saya bukanlah hambaNya yang baik.

Saya sering bertanya di dalam hati..."Bagaimanakah saya hendak memperbaiki diri saya lagi pada pandangan Allah" - pencipta.  Terlalu banyak kepincangan saya ... Kemudian, saya teringat pada kuliah malam semalam (di Ikimfm juga):  Ustaz yang bertugas malam semalam telah memberi peringatan pada sekelian pendengar semalam tentang doa - Doa itu senjata...

Pada saya, selain dari mati...saya paling takut jika saya adalah orang yang tidak menjadi pilihan Allah s.w.t. untuk menerima hidayahNya.  Oleh yang demikian, saya sering berdoa pada Allah (yang boleh membolak-balikkan hati hamba-hambaNya) supaya Allah terus mencekalkan hati saya agar suka mendekatkan diri padaNya, agar sering menyahut panggilanNya, agar suka mendengar kalamNya, agar menjadi orang yang mendirikan solat dan yang paling penting -- Jadikan hati saya sebuah tapak untuk Allah sentiasa menurunkan hidayahNya, agar saya mampu menjadi isteri yang baik kepada suami saya, anak yang baik kepada ibu bapa saya, menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya, menjadi guru yang baik bagi anak-anak murid saya, menjadi jiran yang baik, sahabat yang baik dan sebagainya...

Sekian dahulu buat hari ini...Jumpa lagi di entri yang lain tetapi, kemungkinan besar, saya akan terus menulis di dalam Bahasa Inggeris sahaja :P

Wassalam...

Hayati lagu-lagu ini...





You Came To Me lyrics

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

CHORUS (x2)

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS (currently X2)

4 comments:

  1. Umpama mendengar Dr J berbicara dalam Bahasa Malaysia..LOL!

    ReplyDelete
  2. wajah rahsia hati... menarik2, mengingtkan sy tentang perlu perindahkan hati [selalu sy sibuk perindahkan wajah/muka sajer...whitening la, scrub la,blusher la,lipstik etc]....TAPI sy lupe ttg wajah hati... TQ kak adibah nai...bg info yg sgt bguna

    ReplyDelete
  3. HAHAHA...like reading soalan kefahaman BM SPM..u write in English better. tp, syok jugak baca..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the encouragement buddy! I'm getting more and more excited to write more and more BM SPM essays! LOL

      Delete